Pages

Sunday, December 12, 2010

Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi
Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilaut 


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-
mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil
lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Friday, December 10, 2010

AD-DIN AN-NASIHAH


Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1.    hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2.  hadith: “Tiada  kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh    memudharatkan.”,       
3.  hadith: “Sesungguhnya  setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4.  hadith:  “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya               maka jauhkanlah.”,
5.  hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka    lakukannya sedaya upaya kamu.”.

Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.”  Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.
Kalimah an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Huraian Hadith
a.    An-Nasihah Li Allah
An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segala kewajipan yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
 hingga dapat merasai kelazatannya. Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah yang melahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yang  menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalan-amalan an-Nawafil (sunat).
Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan Allah SWT.
Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.
Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti disempurnakan terlebih dahulu.”
Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.
b.   An-Nasihah Li Kitab Allah
An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secara berperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan jihad yang ikhlas.
Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul, penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan dan penghindaran segala larangannya.
c.   An-Nasihah Li Rasulillah
An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadap kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalam bentuk percakapan mahupun amalan.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: "Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.


Kalimah: an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan dan  menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang diperintahkan.
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim  
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.
An-Nasihah kepada mereka juga memberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supaya sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam islah dan ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga memperingatkan mereka daripada sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan yang menggugurkan hak kepatuhan dan wala’.


d.    An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin
An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin membawa maksud pembentukan umat    Islam seluruhnya. Juga menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk dilalui dan kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan akan jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.
Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan cara mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya membenci terhadap perkara-perkara yang boleh menyesatkan mereka.
Umat Islam adalah satu jamaah di bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan matlamat. Daripada hakikat ini memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang tunggal lagi qudus.
Beberapa perkara penting
1.       Jihad adalah bukti kewujudan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ketiadaan jihad tanpa uzur syar’i adalah bukti ketiadaan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
“Tiada dosa (lantaran tidak berjihad) ke atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi apa yang mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada sebarang jalan sedikitpun  untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (at-Taubah: ayat 91)
Orang berkeuzuran syar’ie yang terhalang untuk keluar berjihad tidaklah berdosa selagi mana dia benar-benar ikhlas kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.  Jika dia membawa sifat-sifat munafiq dan berpura-pura uzur untuk berpaling daripada jihad, bermakna dia melakukan pendustaan dan tipu helah terhadap orang-orang Islam. Jelaslah dia tidak berjihad dan tidak jujur.
2.    An-Nasihah untuk barisan pemimpin, pada pandangan Islam, adalah sangat penting.  Rasulullah SAW bersabda  (yang bermafhum):
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya dan tidak berpecah-belah, dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan pemerintahnya.”
“Tiga golongan yang tidak digelincirkan atas mereka: hati muslim yang mengikhlaskan amalan kepada Allah, nasihat-menasihati pemerintah-pemerintah dan sentiasa berada dalam jamaah umat Islam.”
3.    Rasulullah SAW menjelaskan (yang bermafhum):
“Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan yang berkaitan umat Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”
4.    Dalam konteks Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah, ad-Din an-Nasihah ialah berusaha melahirkan kumpulan Muslim Mu’min Muttaqi ‘Amil atau al-Jil ar-Rabbani al-Multazim  atau Jil al-Quran.





AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA


"...Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Ia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."

Inilah tekad dan keghairahan jihad seorang pejuang Islam dan pengasas gerakan Islam terkenal, Imam Hassan al-Banna. As-syahid yang gugur pada 12 Februari 1949, menyatakan tekad tersebut sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi Darul Ulum, Kaherah. Janji As-syahid yang dibuat semasa masih berusia lewat belasan tahun dikotakan dalam perjalanan hidupnya sehinggalah beliau kembali ke pangkuan Allah (SWT).
Imam Hassan al-Banna dilahirkan pada 0ktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati. Bapanya Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Beliau berkelulusan Universiti al-Azhar dalam jurusan agama dan banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna berkelulusan tinggi, beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam Mahmudiyyah. Masa selebihnya beliau gunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan. Malah beliau juga adalah pengarang beberapa kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam.Ketokohan, keilmuan dan keperibadian tinggi Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi pula oleh anak sulungnya, Hassan al-Banna yang kemudian menjadi pemimpin dan pengasas gerakan
Ikhwan Muslimin yang dihormati serta merubah sejarah. Melalui kepimpinan dan didikan Hassan al-Banna, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini.

Sifat kepimpinan pemimpin agung ini terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.Pada usia 16 tahun, beliau ke kota Kaherah untuk melanjutkan pelajaran di Darul Ulum. Di sana beliau didedahkan dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Yang dilihatnya ialah parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular semuanya terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam.

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.Al-Imam Hassan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun dan baru mendapat ijazah dari Darul Ulum, serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah rendah di bandar Ismailiyyah.

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh. Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di.

Ikhwan Muslimin kemudian diharamkan pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna masih dibebaskan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zuhur 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau dikatakan telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri. Semoga Allah S.W.T. menerima rohnya dengan penuh keredaan.