Pages

Saturday, December 20, 2014

Menu hati lembu masak pedas

Jam 9 pg jumaat saya dan ust yusuf jalan2 beli brg basah di baq'ah..nk jd cerita lama xmakan hati lembu..terus beli dan mintak wife masakkan...kih2..tenkiuu..marvelous...

Thursday, December 18, 2014

Kesayangan

Aishah dah pandai tudung...Didiklah anak dengan acuan agama..Kelak mereka menjadi perisai dan pelindung untuk kita..Ameen...

Sunday, December 14, 2014

Bagaimana berinteraksi dengan jadual

Mungkin pengkaji berhajat kepada jadual dalam membuat kajian.Disini disertakan cara2 membuat jadual,moga ada manfaatnya.

1-Letak nombor yang berturutan pada jadual

2-Letakkan tajuk yang khusus pada setiap jadual

3-Jadual tidaklah besar dan kompleks , mestilah yang simple dan senang paham

4-Elakkan dari jadual gabungan yang boleh dibahagikan kepada dua jadual

5-Pastikan database jadual tepat dan benar

6-Sekiranya pengkaji ingin menambah keterangan pada jadual, boleh membuat isyarat (*) dan syarahkan pada nota kaki.

7.  Letakkan gambar,peta dan sebagainya untuk membantu munaqashah masalah di dalam kajian.




Munaqashah Kajian Ilmiah

Setelah pengkaji selesai membuat kajiannya samada بحث تخرج,master dan PhD.Sebagai penamat untuk kajian akan diadakan مناقشة atau perbincangan ilmiah yang dihadiri oleh pakar2 dalam bidang tersebut.Di dalam majlis tersebut , kita akan lihat apakah sumbangan terbaru yang bermanfaat dari pengkaji dan juga akan dilontarkan soalan2,permasalahan dan lain2.Oleh itu para pengkaji perlu membuat persiapan yang mantap untuk menjawab soalan2 yang akan diajukan oleh pakar2 nt.

Sebagai langkah persediaan adalah seperti berikut:

1-Membuat rumusan dari kajian yang boleh diberikan kepada para munaqashah sekitar 15 minit

2-Membuat latih tubi di dalam bacaan rumusan supaya tidak ada kesalahan didalam nahu,menyebut huruf dengan baik,gaya penyampaian yang bersemangat sebagai lambang kekuatan pengkaji.

3-Gunakan masa yang diberikan untuk pembentangan dengan sebaiknya.

4-Mendengar dengan penuh teliti teguran dari para munaqashah.

5-Cuba sedaya mungkin menjawab soalan para munaqashah.

6-Jauhkan dari الرد atau jawapan balas yang sekadar الرد sahaja.

7-Hindarkan dari menyerahkan bulat2 kepada para munaqashah kerana ianya menunjukkan kepada kelemahan pengkaji.

8- Elakkan dari memuji para munaqashah yang bukan pada tempatnya.

9-Mengambil berat soal pemakaian ketika munaqashah.

10-Jangan bentangkan kajian kepada pihak2 lain kecuali selepas mendapat keizinan rasmi dari jabatan yang berkenaan.

11-Mengambil peluang menghadiri مناقشة البحوث sahabat2 kita yang akan melaluinya.

سيروا على بركات الله

Mudahnya Menjemput Rezeki



1. DHUHA.
 Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.3.Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah.
 Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
Testimoni seorang hamba Allah , seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8.Solatlah di awal waktu.
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?
sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.
 Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin-
● Surah Al-Waqiah-
● Surah Ar-Rahman-
● Surah Al-Mulk -



BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.

Friday, December 12, 2014

Muslimah obor perjuangan

Malam nie ambil mood study sirah perjuangan nabi terbaca kisah peperangan uhud atau غزوة أحد. Seorang srikandi islam bernama Nusaibah atau nama glamournya أم عمارة الأنصرية bersama2 menyertai peperangan bersama baginda.Di saat getir,dialah antara yg melindungi nabi sehingga beliau syahid terkena panah di lehernya.Turut serta juga suami dan anak2nya..

inilah keluarga haraki yg didoakan oleh nabi بارك الله عليكم اهل بيت 
berkata nusaibah : ya rasulullah doakanlah kami menjadi peneman mu disyurga kelak maka nabi pun mendoakan dengan berkata اللهم اجعل رفقائي في الجنة    

Moga Allah memelihara mereka yang menjadi penjaga kepada islam ini.Allahu Akhbar!!

Assalamualaikum

2014 yang akan berlalu pergi dengan seribu kenangan,
tpi aku setelah 4 tahun berlalu,baru nk update blog..haha...