Setelah pengkaji selesai membuat kajiannya samada بحث تخرج,master dan PhD.Sebagai penamat untuk kajian akan diadakan مناقشة atau perbincangan ilmiah yang dihadiri oleh pakar2 dalam bidang tersebut.Di dalam majlis tersebut , kita akan lihat apakah sumbangan terbaru yang bermanfaat dari pengkaji dan juga akan dilontarkan soalan2,permasalahan dan lain2.Oleh itu para pengkaji perlu membuat persiapan yang mantap untuk menjawab soalan2 yang akan diajukan oleh pakar2 nt.
Sebagai langkah persediaan adalah seperti berikut:
1-Membuat rumusan dari kajian yang boleh diberikan kepada para munaqashah sekitar 15 minit
2-Membuat latih tubi di dalam bacaan rumusan supaya tidak ada kesalahan didalam nahu,menyebut huruf dengan baik,gaya penyampaian yang bersemangat sebagai lambang kekuatan pengkaji.
3-Gunakan masa yang diberikan untuk pembentangan dengan sebaiknya.
4-Mendengar dengan penuh teliti teguran dari para munaqashah.
5-Cuba sedaya mungkin menjawab soalan para munaqashah.
6-Jauhkan dari الرد atau jawapan balas yang sekadar الرد sahaja.
7-Hindarkan dari menyerahkan bulat2 kepada para munaqashah kerana ianya menunjukkan kepada kelemahan pengkaji.
8- Elakkan dari memuji para munaqashah yang bukan pada tempatnya.
9-Mengambil berat soal pemakaian ketika munaqashah.
10-Jangan bentangkan kajian kepada pihak2 lain kecuali selepas mendapat keizinan rasmi dari jabatan yang berkenaan.
11-Mengambil peluang menghadiri مناقشة البحوث sahabat2 kita yang akan melaluinya.
سيروا على بركات الله
No comments:
Post a Comment